JPJ bagi Free Road Tax dan Pengurangan bayaran Lesen LKM

JPJ bagi Free Road Tax dan Pengurangan bayaran Lesen LKM

1.         PENGURANGAN LKM (ROADTAX) UNTUK KENDERAAN KLASIK / VINTAJ

Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memohon pengkelasan kenderaan klasik / vintaj mereka bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan untuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj / Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM). Sistem akan mengklasifikasikan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan di mana 50 tahun dikategorikan kenderaan vintaj (pengecualian LKM 90%) dan 25 tahun kenderaan klasik (pengecualian LKM 80%). Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.

2.         PENGURANGAN LKM (ROADTAX) BAGI NGO/ LEMBAGA

Jenis Kenderaan /OrganisasiPertubuhan Bas Van Kereta Jip Lain-Lain Kenderaan
Kenderaan Jenazah/Mayat 100%
Kenderaan OKU/Amal/Kanser/Spastik 70% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Masjid/Buddha/Kuil/ Gereja 50% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Anak Yatim/Yayasan/Orang Tua 70% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Bomba/Ambulans NGO 50% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Perhilitan/Lembaga/Lain-Lain 50% 50% 50% 50% 50%

Semua permohonan ini perlu melalui JPJ Negeri/Cawangan untuk proses awalan sebelum kelulusan. Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.

Sumber JPJ

http://www.jpj.gov.my/web/main-site/jpj2u

Add a Comment

Your email address will not be published.

Open chat